Tips Pemakanan Anak Kucing

  • Anak Kucing
  • , Nutrition

Tumbesaran anak kucing berlaku secara pantas dan mendadak. Mereka akan mula aktif dan memerlukan tenaga dan nutrisi yang seimbang bagi memastikan perkembangan yang ideal.

Anak kucing memerlukan tenaga sekurang-kurangnya dua kali ganda lebih dari kucing dewasa. 30% daripada kandungan protein perlu didapati dari sumber makanan mereka. Pastikan makanan yang diberi dirumus khas untuk anak kucing.

Anak kucing harus diberi makanan dengan formula khas sehingga umur satu (1) tahun. Kucing yang berumur lima (5) hingga enam (6) minggu digalakkan untuk mengambil makanan kering yang berkualiti tinggi.

Anak kucing boleh diberi makan pada bila-bila masa, mengikut kehendak si comel. Anda boleh beri makanan basah atau kering dengan formula khas untuk anak kucing. Tetapi, makanan kering adalah pilihan yang lebih baik kerana ia tidak mudah rosak dan tahan lama.

© 2021 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (116069-M). All Rights Reserved.

ms_MYMalay

Jangan ketinggalan dengan promosi & berita terkini kami.

Dengan menghantar borang ini, anda bersetuju untuk menerima berita daripada kami.