Kenali POWERCAT

Sumber inspirasi di sebalik POWERCAT adalah untuk mempromosikan betapa mudahnya memperolehi produk makanan kucing yang halal, organik dan segar dengan memastikan produk kami bersih, asli dan selamat buat kucing kesayangan anda.

Kisah Di Sebalik POWERCAT

POWERCAT adalah jenama kebanggaan Powerpet Sdn. Bhd., subsidiari Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. yang diperkenalkan sejak tahun 2014. POWERCAT juga berdedikasi dalam menghasilkan produk yang bermutu tinggi dengan ramuan segar dan dibungkus menggunakan aplikasi teknologi dan alatan serta fasiliti yang serba moden.

Untuk memastikan kepuasan para pengguna, pihak Adabi telah menjalankan penyelidikan yang teliti bagi setiap produk yang dipasarkan. Pihak kami juga berasa bangga menjadi pengilang tempatan yang berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Kami di POWERCAT hanya menggunakan ikan segar tanpa sebarang pengawet, pewarna tiruan mahupun garam tambahan bagi memastikan kucing anda kekal aktif dan sihat. Kini, selain mengeluarkan makanan kering dan basah, POWERCAT juga mempunyai senarai produk penjagaan haiwan peliharaan dan juga pasir kucing yang bemutu tinggi dan diperbuat daripada bahan mesra alam sekitar.

POWERCAT telah mendapat pengiktirafan yang bereputasi seperti Amalan Perkilangan Baik (GMP), Analisis Mudarat dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), Association of American Feed Control (AAFCO) dan ISO 9001:2015. Ini bermakna, produk kami terjamin dan mencapai piawaian bagi membekalkan keperluan nutrisi kepada kucing anda. Tambahan pula, produk kami adalah selari dengan standard GMP+B8 yang diaudit di Belanda, menjadikan POWERCAT jenama yang sememangnya boleh dipercayai di pasaran.

POWERCAT juga telah menerima pelbagai anugerah, seperti the World Branding Award for Animalis Edition dan the BrandLaureate SMEs Best Brands of the Decade Award, membuktikan permintaan yang meningkat untuk produk makanan kucing yang Halal di kalangan pengguna. POWERCAT dengan jayanya mematuhi piawaian tinggi oleh pakar dengan kombinasi formula vitamin dan mineral, menjadikan ianya diet seimbang yang lengkap dan sesuai dengan gaya hidup kucing anda yang sihat dan aktif.

Pencapaian

© 2021 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (116069-M). All Rights Reserved.

ms_MYMalay

Jangan ketinggalan dengan promosi & berita terkini kami.

Dengan menghantar borang ini, anda bersetuju untuk menerima berita daripada kami.