POWERCAT

Syampu All Hair Type (Spring Garden)

Syampu POWERCAT CARE All Hair Type menggunakan kandungan pH yang seimbang dan bertindak sebagai pelembap menyeluruh untuk bulu dan juga permukaan kulit. Diperkaya dengan Aloe Vera dan ekstrak Vitamin E & B5 yang terbukti dapat membuat bulu terasa halus dan gebu, dengan manfaat tambahan mencegah kegatalan. 

Untuk penjagaan yang lebih rapi, gunakan Leave-On Daily Mist untuk menyegarkan & melembutkan bulu!

Isi Padu : 150ml

Spring Garden memberikan aroma harum bunga-bunga Lavender, Jasmin, Lily Lembah dan Violet. Koleksi bunga dari taman yang menzahirkan perasaan kasih sayang untuk kucing anda. Gabungan minyak dan ekstrak semula jadi dari Perancis dalam menghasilkan produk yang ideal untuk mendandan dan membersih si Comel.

  • Bebas SLS/SLES
  • Bebas Phthalate
  • Bebas Paraben
  • Diluluskan oleh IFRA

Beli Sekarang di :

Cara Penggunaan

Basahkan bulu kucing dengan air suam dan sapukan syampu secukupnya. Urut hingga ke lapisan kulit dari kepala hingga ke ekor, dan kemudian bilas dengan air.

Ramuan
  • Air
  • Pencuci berasaskan Kelapa
  • Minyak Kelapa Natrium
  • Betaine, Gliserin
  • Glukosa Kelapa
  • Ekstrak Herba Horsetail
  • Minyak Bunga Matahari
  • Asid Sitrik
  • Garam Trisodium
  • Guar Gum
  • Garam
  • Pewangi (Bebas-Paraben)
  • Aloe Vera
  • Vitamin E & B5

© 2021 Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (116069-M). All Rights Reserved.

ms_MYMalay

Jangan ketinggalan dengan promosi & berita terkini kami.

Dengan menghantar borang ini, anda bersetuju untuk menerima berita daripada kami.